Monday, June 9, 2014

#1 - Kisah Planning trip ke Ireland dan Northern Ireland

Irish!

This time, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Irish Land pulak. Alhamdulillah. 

Tak plan pun actually, ni semua gara-gara kawan kat sini ajak untuk penuhkan group dorang since nak buat roadtrip kat sana nanti, kalo penuh dapatlah jimat kos untuk sewa kete dan lain-lain. Pegi sana tak lama pun, pegi untuk 4 hari 3 malam.

Tempat utama yang wajib pegi kalo datang ke Ireland dan Northern Ireland ada beberapa seperti Giant Causeway dan Cliff of Moher. Basically, boleh dikatakan semua nature. Kalo mereka yang sukakan nature, maybe Ireland boleh masuk dalam wishlist anda gak. Selain daripada tu, city yang mungkin singgah adalah Dublin, Ireland dan jugak Belfast, Northern Ireland. 

Bagi peminat filem romantik "P/S: I Love You" pun penah buat shooting kat taman negara kat sini. Adakah berjaya kitaorang jumpa? Hahahah kene tunggu la kot.



Seperti biasa, nak pegi sana kenela beli ticket flight dulu, kalo nak naik ferry pun boleh jugak. Tapi kene la pegi ke bahagian selatan England dulu. Yang tu aku pun tak pasti kat bahagian mana. Kalo naik flight lagi murah dan jimat masa la kata orang. Ticket flight yang berjaya aku rembat berharga semurah GBP20/return! Ni naik guna Ryanair ( http://www.ryanair.com/ ), ala-ala AirAsia jugak bagi mereka yang tak tau. Ada kawan aku penah dapat lagi murah tak silap semurah GBP10/return! Haaa... tu lagi la macam terkejut punya murahnya. Tapi takpe, rezeki masing-masing. Kalo dah GBP20 tu dah murah, maka faham-fahamlah untuk check-in luggage sume tu adalah extra chargenya. Tapi since pegi kejap je, memang bawak hand-carry je luggage aku tu. Senang!

Bila dah ada tiket, barulah orang kata senang hati nak buat plan camne. 

Bak cogankata aku dulu-dulu "No Ticket, No Talk". Masih lagi digunapakai oleh aku sendiri. Kalo takde tiket, better duk diam-diam. Jangan duk hu ha hu ha kat orang. Tak jadik kang bikin malu jah! Tak pun, kene cerca. Hiks.

Mula-mula sekali yang aku buat, mestilah bukak Google Maps. Tengok kedudukan lokasi tempat-tempat yang aku nak pegi tu. Seperti sediamaklum dalam entry pembukaan sebelum ni. Boleh rujuk --> HERE antara tempat-tempat yang aku akan terjah adalah seperti Dublin, Belfast, Giant Causeway, Cliff of Moher dan jugak Wicklow National Park. 

Nampak macam tak banyakkan? Kiranya boleh kawtim lah dalam masa 4h3m ni kiranya.

Tapi bila aku check jarak dan lokasi antara satu sama lain. Fuhhh~ boleh tahan jugak jauhnya. Yang paling jauh adalah bila nak merentas dari Giant Causeway hinggalah ke Cliff of Moher yang paling banyak makan masa kira-kira 6-7 jam perjalanan. Haaaa camne tu? 



Sanggup ke tidak? 

I know it seems crazy kalo tengok kat map atas ni. Tapi we only have like 4 days to cover. Nak tak nak, aku sangguplah nak redah jauh-jauh ni. Jemaah yang lain pun tak kata ape, janji jalan. Hahahah senang keje aku. 

Lepas pada tu, ape lagi teruslah book untuk accommodation. Kali ni travel bersama ala-ala keluarga bahagia sebab ada sorang budak kecik comel yang turut serta. Takleh la nak berhardcore sangat. 

Hardcore ke aku ni? Puiiiii! Hahahah 

Tapi yang penting dorang tak kisah untuk duk hostel. Haaaa senang lagi keje aku. Alhamdulillah. 

Cari la beberapa hostel, untuk stay kat beberapa lokasi untuk 3 malam. Payah gak nak jumpa yang murah dan berbaloi untuk stay.  Aku takleh la nak main pilih macam stay ala orang bujang kene consider gak mereka yang berkeluarga. Kang takut dorang tak selesa ke ape. 

Well... persediaan untuk diri aku gak buat masa depan nanti. Hiks. Manalah tau travel dengan anak bini sendiri pulak lepas ni. Takkan nak tinggal dorang kat rumah je, walhal aku travel dapat tengok tempat best-bestkan? Tak adil untuk dorang. 

Segala urusan booking accommodation aku buat semuanya melalui Booking.com Ireland sebabnya tak perlu deposit ke ape. Hanya secure je dengan credit card / debit card kalo ada. Senang. Kalo dulu, aku suka booked thru hostelbookers dan etc. Tapi dorang mintak 10% deposit lak. Leceh gak macam tu bila time tengah pokaikan mana nak korek duit. 

Bila dah setel semua, tinggal nak book kete je belom. Actually, aku tak book awal-awal pun untuk kereta sebab ingat takpelah dulu. Tapi kemudiannya agak menyesal sebab rugi tak book awal-awal sebab rate lagi murah berbanding book bila hampir menjelang hari nak terbang. Banyak gak bezanya. Tapi takpelah, nak nyesal pun tak guna dah. 

*******************************************

Tibalah hari nak terbang! 

Tak sabar nak naik kapal terbang lagi nih, walhal baru sebulan lepas balik dari Switzerland. Giler orang kata bila tiap-tiap bulan naik kapal terbang katanya. Puiii! Hahahah. 

Eh panjang la pulak entry ni aku duk menceceh. 

Kita sambung lain kali eh. 

By the way, arini aku start exam dah untuk 3 hari berturut-turut. Sekarang jam 4.12 pagi. 

Wish me Luck! 

Bye!