Sunday, September 29, 2013

Review : Mutiara Taman Negara Resort, Pahang

Alrite!

Pertama sekali, aku nak mohon maaf kepada pihak penganjur Media FAM Trip 2013 organiser sebab lambat keluarkan entry ni. Agak caught up with work and other trip as well. But i will try my best to do it. 

Jujurnya, ni first time aku join media trip disebabkan ada sedikit lebihan cuti. Yela, skali skala insyaALLAH boleh join. Lagipun, trip kali ni pegi ke Taman Negara! Memang antara wishlist aku nak pegi taman negara ni. Yela, kalo nak pegi sendiri confirm mahal! Ibarat pucuk dicita ulam mendatang pulakkan jemputan ni datang. Mulanya agak keberatan takut tak dapat cuti. Bila dikira-kira, shouldn't be any problem. And here i come! 

Trip ni adalah selama 3 hari 2 malam. Nanti aku akan ceritakan dengan detail dalam entry seterusnya. Tapi this entry more focus on the resort itself. 



Friday, September 27, 2013

Spring in Melbourne, Victoria 2013!

G'day Mate!!! 

I'm backkkk!!! Selepas 10 hari hilang dari Kuala Lumpur nan panas dan jerebu nih. 

Honestly, it's not good to be back though. *statement lupa diri*

Anyway, sedikit bingkisan sepanjang 10 hari di Negeri Victoria, Australia. 

Flinders Street Station.  The Icon of Melbourne City

Tuesday, September 17, 2013

Tips | Car Rental in Melbourne, Australia

Alrite!!!!

Dalam merangka travel plan ke Melbourne samada dalam bentuk group of 2, 3, 6 mahupun bersama keluarga, kita sesungguhnya nak jimatkan kos pengangkutan sebanyak yang mungkin. Betol tak? Yela, currency Australia ni adalah lebih tinggi dari currency USA. Dan jugak cost of living kat sana pun agak tinggi. Jadiknya, kos pengangkutan adalah satu aspek yang boleh kita pikirkan cara untuk kurangkan kos. 

Untuk trip ke Melbourne kali ni, my initial plan was to rent a car from the same car rental company which was ---> EastCoast Car Rental - Melbourne . Aku dah kira semua kos untuk 7 hari untuk 4 orang. Amek kereta jenis economical yakni Nissan Almera termasuk GPS dan jugak daily zero excess insurance. Tapi yang jelas, total nak membayarnya dalam AUD424 untuk 7 hari. Pada mulanya, aku dan ahli jemaah yang lain dah setuju. Kira dah ok sangat untuk sewa kereta ni. Ini adalah kerana trip kali ni banyak keluar dari Melbourne City. Kira roadtrip. Kalo setakat dalam bandar, memang aku takkan sewa kereta sebabnya parking rate kat Melbourne mahupun mana-mana city dalam Australia will cost you a bomb! Mahal nak mampos okay! Fikirlah... 


Jeju Island | Seoul, South Korea - Total Expenses!

Selamat hari Selasa!

Since cerita trip ke Jeju Island dan jugak Seoul dah pun abes, maka aku nak reveal brape total expenses yang dah abes sepanjang trip 3h2m di Jeju Island dan jugak 3h2m di Seoul. 

Aku pegi ke korea ni pun lebih kurang 2 minggu after aku balik dari trip overland China - Vietnam tu selama 2 minggu. Maka, aku dah janji dengan diri sendiri yang aku takleh nak spend lebih-lebih. Hanya bawak dalam RM1,500 untuk tukar ke Korean Won dan ada yang dah dibayar terlebih dahulu macam tiket kapal terbang international dan domestik dan jugak kereta sewa. Matawang asing ni aku tukar siap-siap kat Malaysia. My favourite money changer ialah yang dekat Petronas belakang Hospital Ampang Puteri. Kat situ aku dah observed kasik rate agak murah berbanding dengan tempat lain. Yela, ramai kata kat Mid Valley ataupun Jalan Masjid India pun murah. Nak pegi sana pun duit gakkan? Since dekat rumah aku pun beza 1 sen dengan kat sana, baik aku tukar kat dekat umah aku je kan? Hiks.

Time aku pegi tu duit Korean Won tidaklah sebegitu mahal macam bedil macam hari ni. Ringgit Malaysia semakin lemah. Hukhukhuk...

KRW1,000 = RM2.85

Ayuh!

Day 1
  • AirAsia X return ticket : RM729/pax (luggage + meals)
  • Jeju Air to Jeju : KRW68,000/way
  • Bus to Gimpo Airport : KRW7,000/pax
  • Car rental with insurance : KRW14,550/pax (Total : KRW58,200) 
  • Yeha Guesthouse (2 nights) : KRW35,000/pax
  • Lunch and drinks : KRW18,900
  • Postcards : KRW3,500
  • Pocket wifi : KRW12,800/pax for 5 days
  • Miscellaneous : KRW5,000

Monday, September 16, 2013

Han River Cruise & Banpo Bridge Rainbow Fountain at Night!

Selamat Hari Malaysia!!! 

Nampaknya arini cuti lagi. Bestkan? Duk relax-relax kat rumah sambil tulis blog. Hahah

Jom sambung cerita Seoul ni pulak! Tak sabar nak abeskan... sebab aku dah mengalami long term memory loss dah ni. 

Kiranya ni adalah bahagian terakhir untuk tempat lawatan aku di Seoul. Actually ada satu kejadian tertinggal ketapi pada pagi tu, punyalah gigih beratur beli ticket, by the time sampai platform... train dah gerak meninggalkan kami. Punyalah amazing race pagi tu, tapi usaha agak sia-sia. Dahla ada satu train je untuk haritu. Huhuhu. Ralat gaklah, nasib baik dapat full refund. So, okla. Maybe kene datang ripit lagi la gamaknya. *pitam*

Jadiknya activity yang terakhir adalah naik Hangang River Cruise. Dalam trip sebelum ni, memang aku plan nak naik pun, tapi nasib tak brape baik sebab dah abes perkhidmatan untuk hari tu. Jadik, trip kali ni memang alhamdulillah... dapat naik. Kitaorang pilih naik petang ke malam, sebab cruise ni akan menuju ke Banpo Bridge. Malam-malam cantik wooo... 

Tapi nak berjalan menuju ke jetty cruise ni dari subway station memang giler hazab jaub nak menapak syaitan nirojim sangat! Kitaorang naik jetty Jamsil. 

Ok sebelum melalut, sedikit info berkenaan info ni:

Salah satu cara untuk menikmati the best views of Hangang River di Seoul. Terdapat 3 docks untuk naik cruise ni yakni Jamsil, Yeouido dan jugak Ttukseom. Terdapat dua jenis cruise. Pertama, yang jenis return (Jamsil to Jamsil). Kedua, yang jenis one menuju ke dock lain (Jamsil - Yeouido)

Dengan menaiki cruise ni, boleh nampakla bangunan 63 Building, N Seoul Tower dan lain-lain. Cruise ni semua kebanyakkan digunakan untuk upacara perkahwinan, birthday parties, music performance etc. 

Ok dah sambung.. 

Since travelmate aku cakap, kalo turun Jamsil adalah kene jalan jauh. Maka, disuggest supaya turun kat Sport Complex Station (Line 2 - Hijau). Kiranya tak payah jalan jauh-jauh sangat compare turun kat Jamsil Station. 

Keluar-keluar je dari stesen Sport Complex, nampak tersergam gah Stadium Olimpik Seoul. Time ni ada game kat stadium cricket. Punyalah kuat bunyi sorakan. Rasa seronok pulak! Yela, kita slalu tengok mana-mana event sports ke, concerts ke.. crowd dorang ni memang terbaek! 


Saturday, September 14, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

Happy Long Weekend guys! 

Ni entry bergambar. Semalam sempat lagi terjah ke Putrajaya untuk menembak gambar Pertandingan Bunga Api 2013. Spot kali ni adalah kat Pusat Rekreasi Air Putrajaya. Sebelah Hotel Pullman tuh. 

Agak kurang puas hati sebab banyak asap compare dari yang sebelom ni. But I did enjoy the show. 

Layankan jela gambar ni okeh! 

Hari ni adalah peserta dari Perancis! 

#1

Friday, September 13, 2013

Hello Kitty Cafe, Hongdae

Hellloo!!!

Kalo mereka yang pernah melawat ke Seoul, mesti perasan deretan kedai-kedai coffee yang mempunyai pelbagai jenis tema whatsoever. Aku dulu dalam kunjungan lepas memang tak lepaskan peluang saje-saje datang lepak minum coffee takpun makan waffle panas-panas yang dihidangkan. Saje suka tengok ambience yang berbeza dari kita biasa tengok kat Malaysia. Kalo tak Starbucks, Dome takpun San Francisco untuk ummah universal. Kalo Old Town White Coffee, Pak Li Kopitiam sekadar menyebut beberapa nama pulak untuk ummah Malaysia Lokal. 

Sebelum ni, aku penah ceritakan berkenaan coffee shop yang penah aku singgah ---> SINI 

Untuk kunjungan kali ke-2 ke Seoul, aku dah lama aim nak jejakkan kaki ke Hello Kitty Cafe. Dah lama dibukak, tak silap lepas aku balik dulu baru dia bukak. Saje nak tengok kekiutan Hello Kitty ni walhal aku sendiri pun tak tau mana datang asal usul binatang kucing femes nih! Yela.. aku sendiri pun dah comel~ *muntah hijau*

Kalo tak silap aku, kat Seoul sendiri ada 3 buah cawangan Hello Kitty Cafe nih. Tapi cawangan aku pegi ni terletak di Hongdae. 

Thursday, September 12, 2013

Makanan ketika di Jeju Island & Seoul, Korea Selatan

Assalamualaikum!!!

Okeh... bersambung lagi kisah Jeju Island ni. Kalo nak bercerita tempat-tempat menarik yang sempat aku singgah rasanya semuanya aku dah ceritakan dalam entries yang lepas-lepas. Kalo ada masa yang lagi panjang, maka panjang lagi langkah boleh jejak. Kalo grab Jeju Island Maps tu macam-macam kita boleh tengok attractions yang boleh dilawati. Okeh enough with that.

Bila kita travel/makan angin ke negara asing yang majoritinya bukan "moslems Malaysia", makanan halal menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri setiap ummah moslems. Yela, makanan yang ditelan tu bakal menjadi darah daging sebati dengan tubuh badan kita. Kalo makan benda haram, maka gelaplah hati kita nanti. Tetapi, Islam tu mudah. Kalo kita betol-betol faham apa yang dikehendaki dalam Islam tu, insyaALLAH semuanya takde masalah. 

Honestly, aku pun takdela baik mana pun yakni ilmu agama pun takdela tebal dalam jiwa ni. Manusia skang kebanyakkan lalai dalam kehidupan seharian termasuklah aku sendiri. Jadiknya, pape yang aku ceritakan dalam entries yang lain ambilkan yang baik, kalo yang jahat tu jangan diikutkan. 

Wednesday, September 11, 2013

Jeju Island : Part 7 (Finale) - Gambar lain | Fly ke Seoul

Ok! 

This is it! 

Ni lebih kurang entry terakhir untuk Jeju Island. Since pegi dalam 3h2m, so takdela segala tempat yang aku sempat redah bersama travelmates. Maybe kalo ada rejeki lagi, nak try musim sejuk pulak. Teringin nak amek gambar segala-mala putih je. Antara tahan dengan tidak jela dengan cuaca sebegitu sejuk nak mampos tuh! 

Jadik tinggal dalam 2 entries untuk Jeju Island dan jugak 2 entries terakhir ketika kat Seoul sebelom balik ke Kuala Lumpur. 

Okeh sebelum tu, aku nak bertanya kepada Saudara Khairudin Lim yang beberapa kali meninggalkan komen yang dia akan ke Jeju Island this coming December. Komen dia berbunyi macam ni lebih kurang "any tips, any advice?" hurm... actually pertanyaan dia ni for me it's quite general. Aku pun taktau nak jawab macam mana. Berkenaan apa yang sebenarnya yang saudara ni nak tau. Maybe a little bit more specific should be sufficient. Aku rasa sepanjang entries yang aku dah karang pasal Jeju Island ni yang boleh dikatakan panjang lebar, boleh dapat mengagak sedikit sebanyak pasal Jeju Island ni samada kat mana aku stay, macam mana nak sewa kereta, tempat-tempat yang perlu dilawati etc yang mana boleh dikatakan sebagai tips/advice dalam erti kata lain. Kalo nak tau lebih lagi info, maybe boleh try buat research sendiri atau email sendiri kepada saya. Terima kasih.

Ni macam entry bergambar, antara tempat yang sempat singgah di sekitar Jeju Island. Takde benda nak cerita mana dah pun. 

Overall, aku totally recommended untuk datang travel ke Jeju Island. Salah satu wonders of the nature. Aku rasa kalo boleh datanglah untuk atleast 3h2m. Tapi paling best would be 4h3m sebabnya boleh cover area-area yang menarik takpun maybe a little bit relax by enjoying the magnificent views along the coastal line. 

Musim terbaik untuk datang adalah ketika musim bunga dan jugak musim luruh. Panorama time tu adalah terbaik bagi aku plus cuaca pun tak panas dan tak sejuk. Aku penah tengok gambar ade orang ni pegi time winter. Honestly, gambar time perjalanan pegi ke Mount Halla adalah terbaik! Putih seputih-putihnya! 

Enjoice!



Monday, September 9, 2013

Jeju Island : Part 6 - Oeldolgae Rock | Cheonjeyeon Falls

Bersambung lagi!

Kali ni bahagian ke-6, untuk trip melawat Jeju Island pada hujung bulan Mei yang lalu. Pejam celik, dah lama dah aku pegi rupanya. Rasa macam baru je lagi. Ececece poyo je~ ;p 

Dari Cheonjiyeon Falls, kitaorang bergerak menuju ke Cheonjeyeon Falls pulak. Actually, aku terlepas satu lagi waterfalls yang cantik yakni Jeongbang Falls. Tak jauh pun dari Cheonjiyeon Falls. So, kalo sempat jangan lupa check-it out okeh? 

Jom tengok peta kedudukan air terjun 3 serangkai ni. Mohon lihat huruf berwarna biru yang ditandakan dengan B, C & D. 


Friday, September 6, 2013

Prelude : Sekitar 3D2N di Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan

Helloo!!!

Aku baru je balik dari masuk hutan nih. Gigih tak? Sampai umah terus sakit-sakit badan sampai nak shalat pun macam terkangkang-kangkang. Anyway, I did enjoy the trip.

Layan sedikit gambar sebelum aku start dengan cerita pasal trip ni. Will try to finish the story about Jeju Island as soon as possible. Tak banyak dah, ada a few entries je lagi. 


peringatan untuk mereka yang masuk ke Taman Negara

Thursday, September 5, 2013

Jeju Island : Part 5 - Folks Village | Trick Art Museum | Cheonjiyeon Falls

Jom jom! 

Bersambung dari bahagian sebelumnya. 

Destinasi seterusnya adalah Folks Village. Kat Jeju Island ni ada beberapa buah folks village. Ada yang besar dan berbayar, dan ada jugak yang tak brape besar and it's free! Since kitaorang pun takde banyak masa, dan sekadar nak tengok-tengok je, maka teruslah pegi ke folks village yang free tu. Set GPS siap-siap. Here we go! Tapi sebelum tu, sempatlah kitaorang pegi kejap ke Folks Village Museum yang berbayar tu. Tu pun sekadar berada depan entrance je. Kalo nak tengok semua benda agak makan masa. 

Untuk info berkenaan Folks Village Museum ---> SINI


Jadiknya, kitaorang terus bergerak ke tempat yang free tu. Alah sekadar nak been there, done that. Time ni memang panas giler! Rasa nak duk dalam kete je sebab ada aircond. 

Dah balik Malaysia tu, barula buat kajian balik apa yang berbeza dari penduduk Jeju Island dengan tanah besar. Kalo kita faham bahasa korea, tentu kita dapat tangkap perbezaan dialet penduduk Jeju Island dengan tanah besar. Pastu, corak kehidupan kat sini pun agak slow motion yakni aman damai takde macam kat tanah besar yang semuanya mesti cepat dan pantas. 

Time kitaorang sampai kat sini, sunyi je. Pelancong pun takde yang datang. Park kereta, teruslah terjah. Takde pun penduduk yang datang nak sambut kitaorang ni. *hampa* Jadiknya, kitaorang terjah jela mana-mana rumah yang rasa takde orang tuh. Kosong kosong! Mana peginya semua orang? Hahaha. 


Cuba perhatikan pagar pada gambar diatas. Ianya membawa maksud yang tersendiri. 

Kalau semua tiga kayu tu naik merentang, jadiknya tuan rumah takde dan berkemungkinan lambat lagi balik. So, balik jela.. tak payah nak berassalamualaikum lama-lama. 

Kalau 2 kayu je naik, tuan rumah ada pegi jenguk anak-anak kat tempat lain. Tak lama dalam 2 3 hari je. Nanti datang balik. 

Kalau 1 kayu je naik, tuan rumah pegi keluar sekejap/beli groceries. Nanti balik. Tunggu~ 

rumah beratapkan daun nipah? betol ke ayat aku ni? 

dinding tanah liat disokong oleh batu-batuan dan jugak berpintukan kayu reka bentuk kuno

efek black & white skit

Tuesday, September 3, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

Minat bunga api?

Aku rasa semua orang suka bunga apikan? Despite dia punya bingit mengganggu anak kecil nak tido dalam buaian tu. Bentuk dan corak tu boleh membuatkan hati seseorang tu riang dan gembira. 



Pada 31 Ogos 2013 aritu, aku bersempatan pegi ke Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang berlangsung kat Pusat Maritim, Precint 5. Pertandingan ni bermula pada 30 Ogos 2013 dan akan berlangsung pada hujung minggu. Disertai oleh beberapa buah negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, China Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan juga Perancis. 

Tarikh penting:
  • 30 - 31 Ogos 2013
  • 13 - 15 September 2013
  • 2 October

Setiap pertunjukan akan berlangsung selama 25 minit bermula 9 malam pada tarikh-tarikh berkenaan, kecuali pada 30 Ogos, pertunjukan dimulakan pukul 12 tengah malam sempena sambutan Ambang Kemerdekaan, katanya.


Aku gigih gerak dari KL lepas asar menuju ke rumah Janggeltrekker sebab penthouse beliau mengadap Putrajaya International Convention Centre. Maka dekat sangatlah kalo nak gerak dari sana. 

Tepat jam 9 malam kitaorang dah terpacak kat Jambatan Seri Gemilang, sebab kat situ boleh dikatakan antara best view yang boleh nampak bunga api ni. Kalo nak lagi dekat, boleh terus ke Pullman Hotel Putrajaya. 

Cakap banyak pun tak guna, jom layan sedikit gambar dan video yang sempat dirakamkan pada malam tersebut. Malam tu adalah peserta dari China. 


Sunday, September 1, 2013

Merdeka 56 : Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku!

Assalamualaikum!!!

Ni kira entry terlambat satu hari. Okla dek kerana kebuzian melampau menghadirkan diri ke beberapa buah rumah terbuka hari raya termasuklah majlis kawen kengkawan terdekat. Bulan Syawal hampir menemui penghujungnya... 

Papepun, antara wishlist hidup aku adalah nak pegi tengok sendiri sambutan hari kemerdekaan kat Dataran Merdeka tuh. Nak merasa sendiri kemeriahan dan betapa patriotiknya sambutan kat sana. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak merasa. 

So, seperti biasa ahli jemaah yang aku ajak adalah Janggeltrekker dan Masmz Kaki Jalan tu. Terus semua kata "JOM". kata-kata keramat tuh! Tansree Coco tak dapat datang sebabnya balik kampung. Rugi ko... hahah 

Jadiknya.. dah berjanji setia nak bangun awal pagi tu. Malam sebelum tu tido seawal jam 10 malam. Yela, pukul 5 pagi dah kene bangun. Kalo boleh seawal jam 6 pagi dah kene terpacak kat Dataran Merdeka tu. Gigihnya naik LRT pepagi buta tu. Dalam coach pun dah ramai orang.  Ada ibu bapa bawak anak-anak masing-masing nak pegi sambut Merdeka. Muka pun masih mamai. Hiks. 

Lebih kurang pukul 6.30 pagi aku dah terpacak kat LRT Masjid Jamek sambil menunggu ketibaan Janggeltrekker dan jugak Dato' Masmz. Keluar je dari stesen tu, ada 1 lori dan pekerja duk agihkan bendera-bendera Malaysia "Jalur Gemilang" untuk dikibarkan nanti. Dapatlah sorang 2 bendera. Aku lak? Dapat satu plastik terus!!! Hahaha. 

Ok... time kitaorang sampai tu dah agak lambat actually. Orang dah ramai dah kat Dataran Merdeka tu. Cuba mencari spot-spot menarik untuk menembak. Yang best-best semua dah diambil orang lain. Selit sana, selit sini, dah sampai kat pagar ahli media. Hahaha camne? Terpaksa berlagak orang media. Hiks. Kalo ada tag lagi best. Tapi sedar diri la kan.. huhuhu. Tapi bersyukur sebab dapat tempat yang kira depan stage VVIP. Dapatlah la tengok ketibaan SPB Agong, PM dan jugak TPM. 

Ok.. membebel lebih tak guna. Jom layan gambar! 

logo untuk tahun yang ke-56