Friday, August 25, 2017

Airport Experience 101 | KLIA, Malaysia

Good day everyone! 

Lama tak menaip tapi demi nak kongsi pengalaman yang aku rasa tak ramai alami macam aku ni. Bertuah jugaklah aku rasa nasib aku tak tolak rsvp jemputan dari Malaysia Airport Berhad untuk bersama-sama menyertai satu event yang katanya julung kali diadakan untuk para bloggers. Kira bloggers experience 101. 

Event ni telah dianjurkan pada 9 Ogos 2017 yang lalu. Kira-kira 2 minggu lepas bertempat di KLIA, Sepang. Seawal jam 9 pagi, aku dah sampai kat KLIA tu, semangat punya pasal. Ingat dapatlah terbang ke London. Rindu katanya. Tapi dapat bau airport pun jadiklah. Hahaha. 

Kami semua para bloggers kira-kira dalam 9 orang camtu berkumpul di satu lounge baru under Malaysia Airports yang terletak di Level 5 terminal KLIA. Namanya "KLIA Premier Access Lounge".  Kat situ sempatlah kami ni alas perut dengan makanan yang disediakan. Karipap sedap. Hiks. Turut diadakan sesi pengenalan dari pihak pengurusan MAB dan juga Sama-Sama Hotels tentang event tersebut. Baik dan ramah mereka semua nih. 

Dah setel semua sesi pengenalan tu ayuhlah kita melawat dan tengok sendiri berkenaan fasiliti-fasiliti baru dan mungkin kita sebagai pengunjung tetap airport tak tau apa yang ada di KLIA ni. Ayuh!

| KLIA Premier Access Lounge |
Fasiliti terbaru dibawah pengurusan Malaysia Airports. Bagi mereka yang kerap travel ataupun ulang-alik untuk terbang ke merata tempat atas urusan kerja mahupun mengembara. Tak lupa mereka yang taknak menyusahkan diri ketika berada di airport, amatlah sesuai untuk mereka mencuba fasiliti terbaru ni. Kira senang nak cakap "airport fastrack". 

Servis yang disediakan adalah Concierge, Premier Access Lounge, Priority Access, Buggy Service dan jugak Escort Service. Boleh refer untuk lebih lanjut ---> LINK 

Memang apa yang aku nampak memang hassle free kalau kita guna servis yang disediakan. Tak payah pening kepala. Semuanya diuruskan dari masa kita tiba di pintu masuk KLIA hinggalah ke gate berlepas. Tak guna banyak tenaga pun cuma perlu sedikit tenaga untuk makan di access lounge nanti. Heheh. 









| KLIA Porter Service |
Haaaa ni pun antara servis terbaru yang disediakan di KLIA. Namanya KLIA Porter Servis. Kita biasa dengar perkhidmatan porter ni yang penah ada di airport-airport luar negara sebagai contoh di Indonesia. Porter ni kebanyakkannya dilakukan secara illegal orang kata. Tapi tidak di KLIA. Ingat legit dan boleh dipercayai. Takdelah kene charge extra melampau atau sebagainya. Hanya serendah RM30/troli hingga RM50/troli (extra servis dari baggage claims hingga ke parking lot). Anda tidak lagi perlu bersusah-payah angkat beg berat-berat dan tolak troli tu sendiri untuk check in. Semuanya bakal dilakukan oleh porter ni semua. Jimat tenaga lagi. Hehehe. 


| Shuttle Bus from Main Terminal to Satellite Terminal |
Kalau untuk keluar negara semestinya kita akan perlu ke Satellite Terminal yang mana biasanya kita akan menaiki aerotrain (semua orang suka naik ni, termasuk aku sendiri! hahah). Tetapi kadang-kala orang terlalu ramai dan aerotrain ni berkemungkinan under maintenance. Jadik agak buang masa disitu. 

Jadik, instead of taking the aerotrain, why not you take the shuttle bus? Because it takes almost the same amount of time to reach the satellite terminal from the main terminal. About under 5 minutes. Tempat nak naik bas shuttle ni tak jauh pun. Hanya di tingkat bawah platform aerotrain. Just follow the signage and you are good to go! 





| KLIA Jungle Boardwalk | 
Next is something that I never been in my entire life. Aku penah dengar KLIA ni ada hutan yang asal waktu pembinaan dia yang dipelihara untuk penumpang yang datang ke KLIA. Tapi aku pun sendiri terlupa nak explore plus tak tau pun kat celah mana sebenarnya. Kalau anda berpeluang singgah di Satellite Terminal. Boleh singgah masuk kejap ke jungle boardwalk ni. Tak besar mana pun tapi menarik bagi aku. 







| Sama-Sama Express Transit Hotel |
Salah satu fasiliti yang amat berguna bagi mereka yang transit di KLIA untuk jangkamasa yang agak lama dan memerlukan rehat yang secukupnya. Boleh la try check-in di Sama-Sama Transit Hotel ni untuk 4 jam atau 6 jam atau lebih. Harganya pun berpatutan. 

Tak lupa, bagi mereka yang check-in bilik, rate yang dibayar adalah termasuk makan skali. Hidangan buffet yang disediakan adalah just nice i must say. Plus it's delicious. Dorang ada signature dishes dorang seperti Lamb Rack dan jugak nasik briyani. Must try! Sempatlah kamu semua dijamu dengan hidangan lunch buffet. Kenyang! 

Boleh refer ---> http://www.samasamaexpress.com/











Another highlight dalam program yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Airports adalah kami dibawa untuk melawat kawasan AFRS (Airport Fire Rescue Service) yang kita selalu lihat dari tingkap-tingkap kecil kapal terbang ketika taxing untuk berlepas. 

Kami diberi taklimat berkaitan tugas-tugas mereka di lapangan terbang dan juga sedikit demonstrasi jentera mereka gunakan untuk tugas menyelamat. Cool gila wehhh! 

Plus, dapat tengok view airport dari watch tower dorang ni. Menarik betul pusat kawalan dorang ni. Seumur hidup takkan dapat peluang untuk aku nih. 







Overall, aku sangat gembira aku joined jugak event ni. Banyak benda-benda baru yang aku pelajari dan lihat sendiri. Sesuatu yang baru untuk aku. 

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada pihak Malaysia Airports Berhad dan juga Sama-Sama Hotels atas jemputan untuk menyertai event yang dianjurkan. Dapat banyak goodies bags. Ada jugak terselit tiket opening Sukan SEA 2017! Best best! 

Till then..

Bye!

Tuesday, August 1, 2017

Kuang Si Waterfalls, Luang Prabang | Laos

Hi!

Lama tak menaip kat sini. Dah bersawang skit. Skit jela. Hahah

Anyway just nak sharing benda simple-simple maybe sedikit sebanyak info yang berminat untuk ke Luang Prabang, Laos ni nanti. Salah satu tempat yang menarik ketika trip aku ke sana sepanjang 4H3M adalah Kuang Si Waterfalls (terletak kira-kira 30km dari pekan Luang Prabang) ni. Kiranya highlight yang bestla bagi aku. 

Ada beberapa cara untuk ke sana antaranya:
1) Amek package tour yang harganya antara 50,000 kip untuk 4 jam tour
2) Amek tuk-tuk (kurang pasti harganya)
3) Bawak motor sendiri yang harga sewa motor around 100,000 kip untuk satu hari.

Entrance fee: 20,000 kip/pax

Option yang aku pilih adalah sewa motor. Saje nak try merempit untuk ke sana. Adalah dekat sejam merempit baru sampai kt air terjun ni. Keadaan jalan sangat ok. Kereta pun takdelah banyak sangat. 

Air terjun Kuang Si adalah air terjun yang terbesar di Luang Prabang yang ada 3 lapisan dan lapisan teratas adalah setinggi 50 meter yang mana airnya mengalir terus ke kolam yang berwarna turqoise. Ada certain area boleh mandi-manda so bawak baju mandi tu ye. Tapi lapisan yang paling cantik tu takleh mandi. Hanya tengok sahaja la nanti. 

Kawasan sekeliling memang di jaga dengan begitu bersih sekali. Ada banyak meja dan kerusi untuk berpiknik plus tong sampah pun banyak. Laluan untuk ke setiap lapisan pun dibuat dengan begitu selamat. Sejukkk je duk kat situ. 

Jom layan gambar...







 


Till then.

Bye!

Friday, April 21, 2017

Review : Putrajaya Marriott Hotel


Pada hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan untuk memenuhi undangan daripada Putrajaya Marriott Hotel untuk membuat review selama 2h1m di hotel mereka. Jemputan untuk membuat review ni juga untuk memberi khabar baik bagi mereka yang bakal menginap di hotel ini yang mana mereka dalam proses renovation untuk keseluruhan bilik-bilik di hotel ini. Dan aku, antara yang bertuah dapat merasainya sendiri. 

This is actually my 2nd time here. The first time was during the media open house held in the Putrajaya Ballroom at this hotel. The foods were amazing and delicious. Hahaha. I guess, i was lucky enough to be able to stay here. Thank you Puan Farah Halim for the invitation. 

About the Putrajaya Marriott Hotel

Putrajaya Marriott Hotel is a 5-star hotel under IOI Group. A grand hotel with 380 elegant and spacious guestrooms, 73 executive rooms and 35 exclusive suites. All rooms are newly refurbished, regulated with international standards with Marriott Hotels around the world. 

Adjacent Putrajaya, 5 minutes from ERL station, 10 minutes from Cyberjaya and Bangi, 25 minutes from Kuala Lumpur city centre and 30 minutes from KLIA sits strategically the latest and grandest of hotel . The design of the hotel is a massive castle like structure that will mesmerize all of the guests. The hotel concept is the combination of Mediterranean - Moorish architecture and its interior and motive is palm leaf inspired. 

Walk into its grand lobby that sprawls over two acres in width, be mesmerized with the high ceilings and beautiful cornices and sooth your soul with the sound of the cascading water fountains featured prominently at the centre of the hotel. 



The room - The Deluxe Room

Aku ditempatkan di sebuah Deluxe Room yang berkeluasan kira-kira 42 sq.m. Bagi aku bilik tu sangat-sangat luas dan selesa. Plus, katilnya pulak bersaiz King. Haaaa rasanya selesa ke tidak? Mestilah sangat selesa tambahan pulak, biliknya baru refurbished. 

Masuk je bilik aku yang terletak di tingkat 9 dan viewnya adalah hutan dan juga bandar KL. Kalau kurang jerebu, memang nampak jelas KLCC dan KL Tower di kejauhan. Menarik. 

Antara room amenities adalah seperti berikut:

  • 1 King or 2 Twin/Single Bed(s)
  • Bathtub and shower separate
  • Lighted makeup mirror
  • Desk, writing / work, electrical outlet
  • Lain-lain amenities boleh refer ---> Rooms 
Bilik ni bagi aku puas hati, keluasan dia memang boleh ajak sorang lagi guest. Kiranya katil bersaiz king just nice untuk 3 orang. Plus, tak rasa pun sempit ke apa. Kebersihan dalam bilik dan jugak toilet memang tip-top. 









Where to eat?

Sepanjang menginap selama 2h1m di Marriott Putrajaya, aku berpeluang untuk mencuba keenakkan juadah yang disediakan di sini. Breakfast di Zest Lifestyle Coffee house, Lunch di Summer Palace dan jugak bbq dinner di Tuscany Italian-American Grill Bar & Pizza. 

Untuk breakfast, makanan Malaysia dan antarabangsa antara yang disediakan. Seleksi makanan tidaklah begitu banyak bagi aku. Tetapi lebih mencukupi untuk makan. Cuma, aku perasan pilihan kuih-kuih melayu tidaklah begitu banyak. Hanya ada 3-4 jenis sahaja. Dan selebihnya lebih kepada pastry. Kot-kot la ada kuih ketayap ke, cekmek molek ke.

Untuk dinner, kami dibawa untuk menikmati bbq di restoran Tuscany. Suasana dia memang terus rasa kat Itali lah dengan dekorasi dalaman restoran yang bagi aku sangat menarik! Instagram worthy orang kata. Tambah pulak dihiburkan nyanyian secara langsung. Menarik dan romantik! Untuk seleksi bbq ada banyak jenis protein terdiri daripada ayam, ikan, kambing, daging dan seafoods lain. Tak lupa ofcoz la ada pasta, lasagna dan jugak salad. Overall, rasa memang sedap. 

Untuk lunch, kami dibawa ke Summer Palace (chinese restaurant) yang agak famous dikatakan pengunjung tetap. Menteri kabinet Malaysia pun suka datang sini. Kat sini jugak femes untuk dimsum. Tapi kami tak orderlah dimsum. Order ala-carte beberapa jenis lauk. 

suasana di Zest Lifestyle Coffee House

seleksi buffet yang disediakan

flatlay katanya. nasik lemak was good to me. the sambal was good!

scramble eggs station

noodles station

berswafoto bersama travel bloggers yang turut serta

ruangan dalam Tuscany Italian-American Grill bar and Pizza

ruangan lobby aku kira, ada buffet selain daripada bbq di luar sana

ruangan bbq

boleh pilih seafoods atau daging dan kasik para chef ni tolong bakarkan

selain daripada bbq, antara juadah lain yang turut disediakan

nampak sedapkan? yums....

jemput tengokkkk yums!

sambil makan, sambil berhibur katanya

pilih-pilih macam-macam ada!

di Summer Palace

black pepper beef. ni memang sedap! cukup rasa dan daging pun empuk! 

ada sup (lupa nama), terung goreng bersama oat (recommended!), steamed dory fish, butter prawn and vegetables

Facilities

Seperti hotel bertaraf 5 bintang yang lain. Faciliti yang disediakan adalah cukup lengkap antaranya clubhouse, kolam renang yang agak besar, gymnasium yang cukup lengkap, spa, ballroom yang besar boleh memuatkan lebih dari 2000 orang pada satu-satu masa, beberapa bilik mesyuarat, kiddies world (ruangan untuk kanak-kanak) dan lain-lain. 








Further information

Address: IOI Resort City, 62502 Sepang Utara, Malaysia
No.Tel: +60 3-8949 8888
Website: www.marriott.com/Putrajaya 

Special thanks aku ucapkan kepada Pn. Farah Halim dan Pn Azela atas layanan terbaik terhadap aku dan bloggers lain sepanjang menginap di Marriott Putrajaya. 

Till then...

Bye!